21 Februari 2016 adalah permulaan hari baru saya bergelar sebagai seorang pelajar. Masa tu mendaftar dekat UiTM Puncak Alam (UiTM PALAM).Permulaannya, saya memang tak kenal sesiapa pun 😝 Kawan-kawan saya cakap saya peramah, senang dapat kawan ☺ Tetapi saya tak rasa begitu heheh Untuk orang yang sangat baru, tempat yang baru & suasana yang baru, agak susah untuk saya berkenalan & selesakan diri di tempat baru. Saya boleh berusaha untuk dapatkan kawan baru.
Hari pertama MDS
Cuaca kat situ sememangnya sangat panas. Panas melekit tau..macam tak mandi 😒 kami pun berkumpul dekat depan kolej. Saya semestinya belum ada sesiapa yang saya kenal lagi, kecuali roomate saya; Nur Hidayah bt Abdul Ghafar hehe itupun saya lupa muka dia macam mana sebab saya tak "scan" muka dia 😂😂 Jadi, susah untuk saya cari dia masa tu. Dipendekkan cerita, MDS pada haritu, sangattttt memenatkan. Kalau nak balik kolej ataupun rumah masing-masing, kami kena cari housemate sendiri. Alamakkk..roommate sendiri lagi tak ingat muka, apatah lagi housemate. Fuhhh, nasib baik ada panggilan no rumah masa tu *tak ingat dah rumah nombor berapa.* Dengan panggilan itu, dapat tahu housemate & roommate sendiri heheh
Hari kedua MDS
Kami di bagi arahan untuk berkumpul didepan kolej sebelum subuh sebab nak solat subuh berjemaah. Punya la bangun pagi tu susah sangat dek tidur lewat sangat. Selepas solat subuh, kami diberi sarapan. Gembira sebab dapat makan 😂 laparrr. ohh yaa, pakaian untuk masa tu, berbaju formal (baju kurung). Bawa baju kurung masa tu, 2 helai je..jadi saya pun berharap tak guna banyak baju kurung masa tu hehe Permulaan aktiviti dimulakan dengan....bismillah 😝 ceramah yeee hehe
p/s: dah tak ingat sangat aktiviti yang dilakukan semasa MDS. Ada satu je yang paling saya ingat..jengg jenggg
Gambar ni diambil semasa hari terakhir MDS..seronok tak terhingga MDS dah sampai kemuncaknya. Tahu tak jalan ni menuju ke mana? hehe yang pernah mengikuti MDS pasti tahu.
Orang gelar tangga ni Tangga Batu Cave. Turun dari tangga tu memang seronok haaa apabila kami dibawa untuk naik tangga ini.......sangat memenatkan dan terbuanglah segala kalori didalam badan saya heheh saya gelar tangga ni The Scary Stairs..my nightmare okayy haha
Sampai disini saja cerita saya untuk hari ini..lain kali update lagi. Nak packing baranggggg sebab esok (17 April) dah balek kolej 😭😭 cerita ini di update semasa cuti midsem hehe 🐱
No comments :
Post a Comment
Bahasa murni di galakkan