Assalamualaikum :)
Pernah tak korang rasa nak menangis sangat sampai korang rasa sakit sangat kat dada?
Pernah tak korang marah akan sesuatu perkara lepastu korang akan menyesal?
Pernah tak korang terlambat melakukan sesuatu tindakan dan tindakan itu yang korang sesali?
Pernah tak melakukan sesuatu perkara yang salah dengan sengaja?
Pernah tak korang cuma mampu diam, tidak melawan, dan mengiyakan saja akan sesuatu perkara sbb korang dh fedup?
Setiap satu situasi kita pernah alami, ataupun semua kita pernah alami. Hidup ini kan..kita perlu nikmati selagi kita masih bernyawa. Kita lakukan perkara yang kita nak sangat buat (kecuali perkara yg tak elok). Jangan susahkan hdp dgn sesuatu perkara yg kita tak suka.
Memang kita tak blh buat semua org suka kita. Tak kira kita buat baik & jahat, orang akan ingt kita. We live not to impress people 😉 Lakukan kebaikan walaupun orang kata kita ni berlagak baik or apa2 jela.
Tak semua orang suka kita dan tak semua orang benci kita. Kita cakap bnda baik, In shaa Allah orang akan ingt kita. Jangan buat orang tak suka kita. Kalau seseorang tak suka kita, lantak dia la 😂
Ketika usia semakin meningkat, saya sedar sebenarnya byk pkra tak guna yang saya tak perlu libatkan dlm hdp saya. Kalau tak suka seseorang itu diamkan je la. Kalau dh ada org ajak mngumpat, join la sekaki 😝 heheh takdela.
Kita tak tahu bila ajal kita. Entah jodoh atau maut dulu sampai. Kalau jodoh dulu sampai, mcm mana agaknya hdp kita slps bernikah? Kalau maut dulu sampai, bagaimana agaknya kita mati? Dimanakah tempat kita mati? Siapakah yg berada bersama kita sehingga ke akhir nafas?
Selalu terfikir, apa agaknya yang terjadi kat alam semulajadi, keluarga, kawan2 kalau aku sudah tiada nanti? Apakah aku bisa melihat Bumi buat kali ke2?
Sebab itu, aku sentiasa duduk di tepi cermin kereta, kapal terbang, bas, teksi & van kalau hendak ke mana2 kerana aku berasa, "Entah bila lagi aku dpt melihat ciptaan Allah apabila aku sudah tiada".
Lihatlah lautan seperti seluas pemandanganmu :) Nikmati hidup ini.